Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Dijemput semua warga UMPSA yang ingin melupuskan Mushaf (Al-Quran & Tafsir) serta bahan bercetak yang mengandungi ayat Al-Quran untuk menyertai kempen anjuran Pusat Bahasa Moden (PBM) sempena Minggu EKSA PBM 2024.
Terdapat beberapa panduan dan tatacara pengumpulan bahan ini. Maklumat lanjut seperti di poster.
Al-Quran yang hendak dilupuskan sebaiknya dibakar di tempat yang bersih kemudian abunya dihimpunkan dan dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir - Irsyad Hukum Siri Ke-533
Sekian, terima kasih.
-Unit EKSA PBM