Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YH Dato' Sri /Datin Sri /Dato' /Datin /Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan /Cik
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden dan Dewan Bahasa & Pustaka akan menganjurkan Program Bicara Munsyi @ UMPSA yang bertajuk Nampak Betul Tapi Salah. Maklumat program adalah seperti berikut:
Tajuk : Nampak Betul Tapi Salah
Tarikh : 8 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 09:00 pagi – 01:00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, DKU Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan
Prosedur permohonan bagi menyertai Program tersebut adalah melalui secara atas talian (online) iaitu:
E-Community > Training Management > Internal > Apply Training > OGOS
Permohonan menyertai Kursus/Latihan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan tuan/puan melalui sistem atas talian tersebut.
Tarikh tutup permohonan : 6 OGOS 2024
3. Penyertaan adalah PERCUMA kepada staf UMPSA. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, tuan/puan boleh hubungi kami di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ,Jabatan Pendaftar Pn. Norfarihan bt Shaifuddin (010-405 5420).
Sekian, Terima Kasih.