Seminar Pentadbir 2023: Penghayatan SDG Dalam Pengurusan Islam
Date
07 Sep 2023
to
07 Sep 2023
Time
8:00 AM
Venue
Hotel Copthorne, Cameron Highlands,

Assalamualaikum Wbkt. dan Salam Sejahtera,

YH. Prof. Dato’ Dr./ Dato’/ Datin/ YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM SEMINAR PENTADBIR 2023: PENGHAYATAN SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) DALAM PENGURUSAN ISLAM 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah akan menganjurkan program Seminar Pentadbir 2023: Penghayatan SDG Dalam Pengurusan Islam seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 7 September 2023 (Khamis)

Masa     : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat  : Hotel Copthorne, Cameron Highlands

Yuran    : RM 250.00 (Seminar Sahaja)

              : RM 500.00 (Seminar + Penginapan 2 Hari 1 Malam)

              : RM 740.00 (Seminar + Penginapan 3 Hari 2 Malam)

     

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput penyertaan Tuan/Puan ke program ini. Tarikh tutup penyertaan pada 20 Ogos 2023 (Ahad)

 

4.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami iaitu Ustazah Dhabitah  di talian 014-3821109 atau Ustazah Fatihah di talian 013-9398941. 

Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak YH. Prof. Dato’ Dr./ Dato’/ Datin/ YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai.