Kembara Prihatin @ Cameron Highlands 2024
Date
24 Jul 2024
to
27 Jul 2024
Time
8:00 AM
Venue
Pos Telanok, Cameron Highlands,

KEMBARA PRIHATIN @CAMERON HIGHLAND 2024

Yayasan UMPSA akan melaksanakan Program Kembara Prihatin @Cameron Highland 2024 untuk membantu komuniti khususnya di sekitar Pos Telanok, Cameron Highland, Pahang yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2024 sehingga 27 Julai 2024. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti orang Asli di sana sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti di kawasan Pos Telanok. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada komuniti di sana dengan menggunakan kepakaran dan teknologi universiti dengan harapan untuk meningkatkan taraf hidup mereka di sana.

Program ini mempunyai beberapa kluster khas untuk komuniti di Pos Telanok antaranya, kluster teknologi, kluster pendidikan, kluster kerohanian, kluster bantuan, kluster komuniti, dan kluster kelestarian yang berfokus pada komuniti orang Asli melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Susu, Kampung Abu dan Kampung Rening.

Program ini juga dapat mengeratkan Yayasan UMPSA kepada komuniti orang Asli di Pos Telanok dalam mempelajari serta menyelusuri budaya, adat dan tradisi komuniti setempat di samping menjalinkan hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan agensi atau badan kerajaan yang berada di Pahang.

#KembaraPrihatin
#YayasanUMPSA
#PilihUntukBerkongsi