MAJLIS KESYUKURAN & SOLAT JUMAAT PERTAMA DI MASJID UMPSA PEKAN YANG BAHARU
Date
05 Jun 2024
Time
12:15 PM
Venue
JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN DAN SOLAT JUMAAT PERTAMA DI MASJID BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA), PEKAN ,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 

YH. Prof. Dato’ Dr./ Datin/ YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, 

 

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN DAN SOLAT JUMAAT PERTAMA DI MASJID BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA), PEKAN 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pembinaan Masjid Baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan telah siap dibina sepenuhnya dan telah mendapat kebenaran dari pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk menggunakan dan mendirikan solat Jumaat. 

 

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput YH. Prof. Dato’ Dr./ Datin/ YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Solat Jumaat Pertama di Masjid Baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan seperti ketetapan di bawah : 

Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat) 

Masa : 12.15 Tengah Hari 

Tempat : Masjid Baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan

Jamuan disediakan bagi 500 orang jemaah.

 

Oleh hal yang demikian, segala aktiviti masjid di premis lama Bangunan Pusat Aktiviti Pelajar (PAP) adalah dibatalkan berkuatkuasa pada 5 Julai 2024. Sebarang urusan dan pertanyaan boleh berhubung terus kepada pegawai kami iaitu Ustaz Muhammad Sallehudin bin Md Derus di talian 016-6993884.