MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE) TAHUN 2024, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)
Date
19 Jun 2024
to
19 Jun 2024
Time
11:00 AM
Venue
Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE) TAHUN 2024, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.    Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Umum Profesor UMPSA merupakan program ilmiah berkala yang dianjurkan Universiti sebagai wadah perkongsian ilmiah oleh ahli-ahli akademik kepada warga Universiti, industri dan masyarakat. Bagi penganjuran siri Syarahan Umum pada kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) untuk bertindak sebagai hos penganjuran Majlis Syarahan Umum Profesor seperti ketetapan berikut:

 

 

Tarikh           :  19 Jun 2024 (Rabu)

Masa             :  11:00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat         :   Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan

 

3.     Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berbesar hati menjemput YH. Dato’/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk hadir ke Majlis Syarahan Umum Profesor FTKEE Tahun 2024.

 

4.    Bersama-sama ini disertakan juga atur cara majlis untuk rujukan pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Semoga dengan kehadiran YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat memeriahkan dan memaknakan lagi majlis ini. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

**Kod Pakaian (Staf) : Baju Korporat Putih UMPSA
**Kod Pakaian (Ketua Jabatan): Formal (Blazer)

* Mata CPD dan Sijil disediakan bagi yang HADIR