MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH - PROF. DATO’ TS. DR. ZULARISAM AB WAHID BERTAJUK “RAWATAN AIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAMPAN MEMBRAN”
Date
07 Jun 2024
to
07 Jun 2024
Time
9:30 AM
Venue
DEWAN ASTAKA UMPSA KAMPUS GAMBANG ,

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH - PROF. DATO’ TS. DR. ZULARISAM AB WAHID BERTAJUK “RAWATAN AIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAMPAN MEMBRAN”

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) akan mengadakan Majlis Syarahan Umum Profesor bertujuan berkongsi pengetahuan dan merangsang intelektual berkaitan isu-isu kontemporari dan budaya masyarakat.

 

3.     Sehubungan itu, pihak UMPSA berbesar hati menjemput YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, untuk bersama-sama hadir ke Majlis Syarahan Umum Profesor seperti ketetapan berikut :

 

                                    Tarikh     :    7 Jun 2024 (Jumaat)

                                    Masa       :    9.30 pagi

                                    Tempat   :    Dewan Astaka, UMPSA Gambang

 

4.    Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis dan borang maklum balas kehadiran untuk rujukan pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

 

5.   Semoga dengan kehadiran YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, dapat memeriahkan dan memaknakan lagi majlis. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak YH. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

***Kod Pakaian : 

          VVIP, VIP & Ketua-Ketua Jabatan/Fakulti/PTj - Formal (Blazer)

          Staf - Baju Korporat UMPSA (Putih)