JEMPUTAN BAGI PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2021 DAN SESI PERKONGSIAN ILMU (EDISI MERDEKA): KEMERDEKAAN DAN KEBANGSAAN
Untuk makluman, pihak Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan Majlis Perasmian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 Peringkat Universiti Malaysia Pahang 2021 dan Sesi Perkongsian Ilmu (Edisi Merdeka): Kemerdekaan dan Kebangsaan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Ogos 2021 (Jumaat)
Aplikasi zoom : https://bit.ly/KemerdekaanDanKebangsaan
Meeting ID: 920 6179 0947
Passcode: 686844
Masa : 9.30 Pagi
Pakaian : Baju korporat
Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan bertujuan menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan program sambutan di peringkat UMP diadakan sepanjang bulan kebangsaan yang bermula 15 Ogos - 16 September 2021.