Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dan para pelajar,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak AWANTEC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) akan menganjurkan program AI Roadshow @ UMPSA bagi memberi pendedahan mengenai aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam ekosistem pendidikan tinggi.
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dan para pelajar yang memenuhi kriteria dijemput hadir ke program tersebut mengikut ketetapan berikut:
Butiran Program:
- Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)
- Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan
1. Sesi Pendidik AI (Slot Pagi)
- Masa: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
- Kumpulan Sasaran: Staf Akademik, Pensyarah & Tenaga Pengajar
- Fokus: Google AI PRO for Education
- Catatan: Mata CPD akan diberikan kepada staf yang hadir.
2. Sesi Siswa AI (Slot Petang)
- Masa: 2:00 petang – 4:00 petang
- Kumpulan Sasaran: Pelajar Pascasiswazah (PG) & Pelajar Prasiswazah Tahun Akhir (UG FYP)
- Fokus: NotebookLM Enterprise
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan warga UMPSA dengan peralatan AI terkini bagi meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan. Keutamaan diberikan kepada peserta yang mempunyai lesen Gemini (bagi staf) dan akses NotebookLM (bagi pelajar).
Kehadiran dan kerjasama daripada pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.