PROGRAM INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN (IFITER) STAF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Date
01 Sep 2022
to
30 Sep 2023
Time
8:00 AM
Venue
-,

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

YBhg./Dato'/ Datin / Profesor / Profesor Madya /Dr./ Tuan/ Puan,

 

PROGRAM INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN (IFITER) STAF UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

 

Ayuh sertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan anjuran Pusat Kesihatan Universiti UMP. Program ini dijalankan selama 6 bulan bermula September 2022 hingga Mac 2023 berteraskan modul IFitER KKM.

Apa itu IFitER?
IFitER (I Fit and Eat Right) ialah satu modul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi program penurunan berat badan dan peningkatan tahap kecergasan badan.

 

Kriteria peserta:

a. Berumur 18 tahun ke atas

b. BMI 25.0 hingga 34.9 kg/m²

c. Tidak mempunyai sebarang penyakit kronik

d. BERMINAT dan BERSETUJU untuk menyertai sehingga akhir program.

 

Jika anda memenuhi kriteria yang dinyatakan, lengkapkan maklumat diri di pautan berikut dengan segera untuk jalani ujian saringan kesihatan dan kecergasan:

BORANG PENDAFTARAN PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN

 

Sebarang pertanyaan, hubungi :
09-4315042 (PKU Pekan) / 6427 (AMO Hasniza)
09-4315052 (PKU Gambang) - AMO Ain