PROGRAM SIRI PEMBANGUNAN INSANIAH & PROFESIONALISME PERPUSTAKAAN: INDAHNYA RAMADAN: Syurga Ar Rayyan, Menanti Orang yang Berpuasa
Date
10 Mar 2026
to
10 Mar 2026
Time
11:00 AM
Venue
LOUNGE EKSEKUTIF, PERPUSTAKAAN ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, Perpustakaan UMPSA Pekan akan menganjurkan Program Siri Pembangunan Insaniah & Profesionalisme Perpustakaan seperti butiran berikut:

Tajuk: Indahnya Ramadan: Syurga Ar Rayyan, Menanti Orang yang Berpuasa
Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Lounge Eksekutif, Perpustakaan UMPSA Pekan

Facebook Live:  Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (https://www.facebook.com/umplibrary)

Penceramah Jemputan:
Ustaz Ahmad Fadhir bin Mat Dahan
Pensyarah
Universiti Teknologi MARA (UITM) Kuantan

Sehubungan itu, semua staf UMPSA adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan bersama-sama mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan.

Kerjasama dan kehadiran YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

CPD akan disediakan kepada staf yang hadir.