JEMPUTAN KE TAYANGAN KHAS DOKUMENTARI (PELAYARAN SANG MAESTRO) & SESI DIALOG CENDEKIA
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) bersama Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan Program Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) & Sesi Dialog Cendekia seperti ketetapan berikut :
Program : Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) & Sesi Dialog Cendekia
Tarikh : 17 Januari 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium Perpustakaan, UMP Pekan
Sehubungan dengan itu, pihak PSK dan ITKAS dengan sukacitanya ingin menjemput YH.Prof. Dato’ Dr/Datin/YBhg. Prof/Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,untuk hadir ke program wacana ini. Semoga kehadiran YH.Prof. Dato’ Dr/Datin/YBhg. Prof/Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat sama-sama menyemarakkan lagi program ini.
Segala kerjasama yang diberikan oleh YH.Prof. Dato’ Dr/Datin/YBhg. Prof/Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, amatlah dihargai. YH.Prof. Dato’ Dr/Datin/YBhg. Prof/Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, Sekian, terima kasih.
Penampilan Istimewa :
1. En. Roslan Madun - Pengarah Filem Dokumentari Pelayaran Sang Maestro
2. Dato' Ahmad Tarmimi Siregar - Pelakon
3. En. Zaidi Omar - Pelakon
4. Natasha Romanof - Pelakon
Pendaftaran Peserta boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/QfLE5Ax451c2TMPQ7 .
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Januari 2023 (Ahad)
Terhad kepada 150 orang peserta sahaja jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan ini.
Makanan Tengahari dan Mata CPD disediakan kepada staf yang berdaftar.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Farah Farhani (0172901844) dan Puan Adibah Auni (01127272627)