Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
YH. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan Pusat Kesihatan Universiti dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan Klinik Kesihatan Gambang akan mengadakan saringan kesihatan kepada semua warga UMP sempena Minggu Sihat UMP. Antara program yang akan diadakan adalah saringan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pameran kesihatan.
Butiran program adalah seperti yang berikut :
Tarikh : 26 Julai 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Astaka, UMP Gambang & Dewan Banquet Canseleri, UMP Pekan
YH. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program yang dijalankan. Kepada staf UMP yang masih belum menjalani saringan kesihatan bagi tahun 2023 juga dijemput untuk menjalani saringan pada hari tersebut.