Assalamualaikum & Salam sejahtera,
YH Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
Pihak Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat, Jabatan Canseleri akan mengadakan satu sesi taklimat berkaitan program IPT For Society @ Keluarga Malaysia (UNITY). Objektif utama program ini adalah untuk membangunkan komuniti melalui program komuniti di lokaliti tertentu di sekitar IPT yang menggunakan konsep pemindahan ilmu yang bercirikan inovasi sosial mengikut bidang kepakaran @ tujahan universiti. Selain itu, ia juga dapat membantu komuniti menerusi perkongsian kepakaran teknikal, kejuruteraan, khidmat penyelidikan dan sains sosial dalam peningkatan kesejahteraan kehidupan dan sosial ekonomi.
Sehubungan itu, YH Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mencadangkan proposal dan dijemput ke taklimat ini mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 14 September 2022 (Rabu)
Masa : 2:45 petang
Platform: Facebook ICONUMP (https://www.facebook.com/ICONUMP)