Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (ITC) UMPSA dengan kerjasama pihak PINTAS akan menganjurkan satu webinar bertajuk “What Every Researcher Should Know About Intellectual Property Protection and Commercialization” seperti ketetapan berikut:
️ Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Zoom (pautan akan diberikan selepas pendaftaran)
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para staf mengenai kepentingan perlindungan harta intelek serta strategi pengkomersialan hasil penyelidikan. Program ini amat digalakkan kepada staf akademik dan penyelidik yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.
Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai webinar ini dengan membuat pendaftaran melalui pautan/imbasan kod QR yang disediakan di poster hebahan.
Pendaftaran adalah PERCUMA.